twenty with 25+ minded

Monday 9 April 2012

LYNA BUKAN BUSYBODY

ASSALAMUALAIKUM
dan salam sejahtera semua :) , kamu semua sihat ? mudah-mudahan semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat.Hari ini lyna nak kongsi dengan awak semua tentang
aurat terutama sekali yang berhijab tu. Sebelum tu lyna nak minta maaf dari hujung rambut hinggalah hujung 
kaki kalau ada yang terasa
sebab lyna share ni pun sebab lyna pun tak tutup aurat dengan 
sempurna juga, jadi kan elok kalau kita semua ambil tahu tentang ni kan?

Aurat wanita
semua dah sedia maklum dengan aurat kita kan ?
(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,



Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

 (ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). 
dengan 2 pakaian yang telah disebutkan tadi barulah boleh seseorang tu ke tempat umum.

 TAPI lyna bukan suruh u'olls pakai seperti diatas , just ikut langkah2 tu , tak salah kalau nak berfesyen.

tapi nak bandingkan dengan sekarang ni macam ni jadi :


lagi ..
 lagi..

 kalau nak tulis memang banyak lagi , 
tapi itu sajalah untuk kali ni okay , mari kita sama-sama berdoa supaya Allah
s.w.t berikan kita taufik dan hidayah-NYA kepada kita,dan tunjukkan kepada kita kebenaran
Insyaallah.
dan satu lagi , mari lah kita sama-sama *termasuk lyna sekali* mengubah
cara berpakaian yang betul sebab kita berhijab kan , kalau ada yang tak betul,
kita betulkan.
lagi sekali lyna nak minta maaf okay :D
ASSALAMUALAIKUM

4 comments:

  1. <3 InsyaAllah..sama-sama kita berubah ke arah y lbih baik lgi... n_n

    ReplyDelete
  2. thanks sebab sharing2. semoga dengan sharing ni pun, akan dapat berkat dan pahala sebab ajak berdakwah. sama-sama kita berusaha memperbaiki diri

    ReplyDelete